Sabtu, 2 Jun 2012

The day I know her

Aku mulakan zaman persekolahan yang baru setelah lulus peperiksaan PMR pada tahun lepas, Aku gembira dapat menyambung kembali pelajaran ke sekolah yang sama. Tapi bukan ini yang aku mahu ceritakan. Ok. aku aku mulakan cerita mengenai perempuan yang aku suka, sebenarnya aku dan dia belajar dalam kelas yang sama pada tahun peperiksaan yang kami duduki, dan aku sebenarnya telah lama memerhatikan dia walaupun dari jauh.Aku juga telah lama memendam perasaan terhadap dirinya, tetapi apakan daya, tiada rasa berani dalam diriku untuk meluahkan rasa cinta ini kepada dirinya yang kucintai itu. aku biarkan saja perkara itu, walaupun terasa pedih dihati. Kata orang,"perasaan yang cinta didalam hati makin lama dipendam, makin bertambah rasa cinta itu".. aku pun berasa begitu,. hari demi hari berlalu sehinggalah habis peperiksaan PMR. Awal tahun baru, iaitu pada tingkatan 4, aku mulakan langkah baru juga, aku mula memberanikan diri untuk membuat cerita cinta aku sendiri, aku mula bergiat aktif dalam apa sahaja bidang yang aku ceburi, aku juga mula sedar dalam perubahan sikap aku, sebenarnya, di menengah rendah, aku seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap.. tetapi di tingkatan 4, ramai yang mula menyedari perubahan sikapku dan mereka menyenangi dengan sikap aku, aku mula membuat ramai kawan atau lebih dekat lagi sahabat. Pada pengumuman kelas yang akan kami duduki, aku bagaikan tak percaya apa yang aku lihat, aku mengusap-ngusap mataku adakah apa yang aku lihat ini benar, aku mendapati bahawa si dia bersama dengan kelas aku lagi. err. maksud aku sama kelas. walaupun setahun sudah berlalu, aku masih lagi pendam perasaan aku padanya, walaupun si dia tidak menyedari bahawa selam ini aku telah menyimpan perasaan cinta terhadap dirinya. Aku menamakan wanita itu sebagai NORIKO, sebab apa aku menamakan si dia sebagai noriko?? akan kuceritakann pada lain hari jika ada kesempatan. Aku menanggapkan dirinya amat istemewa bagiku kerana tanpa dirinya mungkin aku tidak dapat meneruskan hidup ini..aku berharap si dia adalah jodohku walaupun si dia tidak mengetahui bahawa aku telah suka pada dirinya....apa yang pasti cinta ku tehadap  NORIKO tidak akan hilang buat selama-lamanya..aku berharap si dia menemui blog ini dan membaca nya...AISHITTERU NORIKO, FOREVER AND ALWAYS.. keep that in ur mind if u read this..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan